Aluan Pengerusi

/Aluan Pengerusi
Aluan Pengerusi 2021-10-25T16:13:24+00:00

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah s.w.t dan seisi keluarga baginda serta para sahabat.

Alhamdulillah syukur, ke hadrat Allah S.W.T , Tuhan mentadbir sekelian alam di atas segala nikmat dan kekuatan yang telah diberikan kepada semua warga Koperasi USIM Berhad sehingga berjayanya membangun sebagai satu jentera masyarakat yang anggotanya faham dan mengerti tuntutan bermasyarakat “ berat sama di pikul, ringan sama dijinjing” sejak penubuhannya pada 7 Julai 2004.

Saya bagi pihak Koperasi USIM Berhad berasa syukur di atas setiap hasil dan pencapaian yang diusahakan sehingga mencapai kejayaan sepertimana yang kita kecapi sekarang. Kejayaan yang melonjakkan ukhuwah Islamiah amat dirasakan. Kejayaan yang diukur dengan penunjuk ekonomi dan keberkesanan urusniaga boleh dihadapi dari masa ke semasa. Insyaalah. Saya berdoa agar setiap laluan kearah kejayaan sama-samalah kita bermuafakat, sentiasa bermusyawarah dan bertolak ansur selaras dengan permikiran Aqli dan Naqli yang terus menuntut kita untuk bersepadu, bersepakatan dan berakhlak mulia. Oleh itu, saya mengucapkan syabas dan terima kasih kerana sudi menjadikan Koperasi USIM berhad sebagai pilihan.

Pengerusi Lembaga Koperasi

Prof dato Dr Musa bin Ahmad