Pengenalan

/Pengenalan
Pengenalan 2019-02-20T23:37:47+00:00

Koperasi Kakitangan Kolej Universiti Islam Malaysia Berhad ditubuhkan hasil kesedaran kakitangan KUIM untuk menyediakan kemudahan kredit, mengasaskan perniagaan untuk manfaat bersama. Pada peringkat awalnya, ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Penaja dan diikuti oleh perlantikan Ahli Lembaga pada Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi yang diadakan pada 6 Mei 2004 bagi membolehkan koperasi ini didaftarkan.

Hasil kerjasama semua kakitangan dan sokongan pihak Pengurusan Tertinggi KUIM, Koperasi KUIM Berhad telah berjaya didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Selangor pada 9 Julai 2004. Ekoran daripada itu, Koperasi Kakitangan KUIM Berhad telah mengadakan Mesyuarat Agung Pertama pada 12 Oktober 2004 (Selasa) dengan pemilihan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang pertama.

Kini kegiatan aktiviti perniagaan koperasi semakin berkembang dengan adanya tiga lot kedai yang disewa dengan USIM iaitu di Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP), Pusat Komersil (PK) dan Kolej Kediaman 1 (KK1).