tvetec

/tvetec
tvetec 2025-06-25T16:47:25+00:00

Mengenai TVETec @USIM

Pusat Kecemerlangan TVET @USIM (TVETec) merupakan sebuah pusat latihan dan kecemerlangan memfokuskan kepada TVET islamik berpusat di USIM (mewakili Zon Selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka & Johor) yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Chm. Dr. Musa Ahmad. Antara matlamat utama ekosistem TVET adalah:

  • Menarik Potensi dan Bakat.
    Mewujudkan ekosistem TVET islamik yang mampan. Perancangan ini mampu untuk menarik lebih ramai modal insan samada dalam dan di luar Negeri Sembilan dan Zon Selatan untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran dalam negeri melalui sokongan selepas pengajian. Kewujudan banyak institusi latihan kemahiran merupakan kekuatan Negeri Sembilan dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
  • Perluaskan Industri.
    Menjadikan Negeri Sembilan sebagai ekosistem TVET secara tidak langsung akan membuka peluang industri/pelabur yang lebih luas khususnya dari aspek peluang pekerjaan samada semi-skil, skil mahupun profesional melalui bekalan guna tenaga yang konsisten.
  • Sosioekonomi.
    Penekanan dalam elemen kemahiran juga akan mewujudkan masyarakat yang lebih dinamik, berdikari dan berdaya saing melalui agenda satu warga satu skil dimana kemahiran ini bukan sahaja digunakan di dalam industri pekerjaan tetapi turut mewujudkan peluang keusahawanan.
  • Pembudayaan TVET.
    Pembudayaan bidang TVET sebagai pilihan kerjaya di peringkat sekolah.
  • Pembelajaran Sepanjang Hayat.
    Memperkukuh Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mendokong agenda satu warga satu skil.

 

Aktiviti Utama (2024)

MAJLIS KONVOKESYEN KEMAHIRAN & KEUSAHAWANAN TVETEC MALAYSIA 1/2024

Seramai hampir 300 graduan TVETec kohort pertama yang diraikan di Dewan Tuanku Canselor USIM pada 27 Oktober 2024 di Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA.

 

Program Terkini (Takwim 2025)

Pelbagai jenis program dan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang telah dilaksanakan oleh TVETec dengan kerjasama pelbagai pihak. Antara Program Latihan Kemahiran yang dilaksanakan oleh TVETec adalah:

JANUARI

  • Professional Horse Handling (Hippotherapy)
  • South East Asian Massage Competition (SEAMC) 24 – 26 Jan 2025, Movenpick Hotel MALAYSIA
  • Archery – Basic Hungarian Technique
  • Karnival Kuda & Memanah

FEBRUARI

  • Mumtaz Camp (3 – 14 Feb 2025, KITM & FST, USIM)
  • Perkhemahan BSBI/ARPRM/DKBIN
  • Klinik Tanah / Harta Pusaka
  • Pertanian – Aquakultur, Fertigasi dll

MAC

  • TVET Career Motivation
  • DKBIN 2/2025 – Trainer/Facilitator
  • Angklung Course

APRIL

  • Gamelan Course
  • Robotic Course

MEI

  • Basic Logistic Management
  • TVET Career Motivation 2.0
  • Basic Cupping (Bekam)

JUN

  • Mumtaz Camp 2.0 (3 – 5 Jun, KITM, USIM)
  • Kursus Kompetensi Makmal Sains : Penyediaan Larutan 3.0 (4 Jun, FST, USIM)
  • Basic Traditional Massage

JULAI

  • Kem Kejurulatihan Bina Insan Negara (28 – 30 Julai, Kem Ulu Sepri, N. Sembilan)
  • Program ADI oleh JPK & MPC (FST, USIM)
  • Kursus “Komunikasi Cara Rasulullah”
  • TVET Marketing

OGOS

  • Kursus Analisis & Teknik GCMS (USIM)
  • Kursus Analisis & Teknik FESEM (USIM)
  • Kursus Analisis & Teknik Proksimat (USIM)
  • Beautician/Aesthetic

SEPTEMBER

  • Drone Management

OKTOBER

  • Majlis Konvokesyen TVETEC MALAYSIA kali ke-2 (Dewan Tuanku Canselor, USIM)
  • Early Childhood Education

NOVEMBER

  • Persediaan Halatuju Industri Berkuda & Memanah

DISEMBER

  • Kursus Kompetensi Makmal Sains : Penyediaan Larutan 4.0 (FST, USIM)
  • Seminar Halatuju Industri Berkuda & Memanah

 

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan mengenai program dan latihan TVETec @USIM (Zon Selatan) boleh menghubungi Penyelaras kami ditalian 016-2122466 (En Ifzam) atau 06-7986492 (Pejabat).