BENGKEL PEMANTAPAN SAHSIAH DIRI DAN JATI DIRI GOAL-ITQAN

//BENGKEL PEMANTAPAN SAHSIAH DIRI DAN JATI DIRI GOAL-ITQAN

Untuk membentuk kakitangan yang berkaliber dan cemerlang, perlu diberi motivasi dan semangat  baru untuk terus mengekalkan kecemerlangan dan seterusnya mempertingkatkan kecemerlangan hingga ke peringkat kelas pertama.

Oleh itu, pihak Pentadbiran mengambil inisiatif dan berusaha untuk menganjurkan kem ini untuk memberi semangat di tahun baru selain dari memberi bimbingan dan membantu kakitangan mengekalkan kecemerlangan untuk memberi perkhidmatan kelas pertama kepada USIM.

Bengkel yang telah diadakan pada 1 Februari 2018 di Pulse Grande Putrajaya telah berjalan dengan jayanya dan sepenuhnya dibimbing oleh Dr. Khairunneezam Mohd Noh sebagai penceramah kami pada hari itu. Seramai 80 orang kakitangan yang hadir dalam bengkel tersebut.

Antara objektif bengkel adalah :

1. Kakitangan dapat mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan kerjaya

2.  Kakitangan memperolehi dan mengaplikasikan pengetahuan dan teknik baru dalam mengekal dan meningkatkan kecemerlangan kerjaya kakitangan

3.  Universiti dapat melahirkan kakitangan kelas pertama yang mempunyai nilai-nilai etika dan sahsiah yang tinggi

2018-10-11T12:07:23+00:00