MAJLIS PERSARAAN EN. IDRIS TAKYAN, MANTAN PENGARAH PTM

//MAJLIS PERSARAAN EN. IDRIS TAKYAN, MANTAN PENGARAH PTM

21 Disember 2017, Bahagian Pentadbiran Infrastruktur & Infostruktur bersama Pejabat Pengarah GOAL-ITQAN telah mengadakan Majlis Persaraan Mantan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Encik Idris Bin Takyan. Majlis tersebut telah diadakan di Lobi Utama Bangunan GOAL-ITQAN.

Majlis ini diadakan adalah untuk mengenang kembali jasa-jasa En. Idris sepanjang berkhidmat di USIM selama 18 tahun. Dikesempatan ini, kami mengucapkan, selamat bersara kepada En. Idris. Jasamu akan kami kenang selalu. Dengan ini, kami menyusun 10 jari dari hujung kaki sampai ke hujung rambut untuk memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan baik yang berlaku dengan sengaja atau pun tidak dengan sengaja sepanjang kami bekerja di bawah seliaan En. Idris.

Dengan ini, kami tinggalkan beberapa kerat pantun khas untuk En. Idris :

Bila memandang ke muka laut,

Nampak sampan mudik ke hulu,

Hati Terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik ingat selalu.

 

Akar keladi melilit selasih,

Selasih tumbuh di dalam taman,

Junjungan budi kenangan kasih,

Mesra kenangan sepanjang zaman.

 

Pohon mempelam lebat berbuah,

Gugur sebiji di tepi tangga,

Kita bertemu akhirnya berpisah,

Diizin ALLAH berjumpa juga.

2018-10-11T12:17:24+00:00