BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN MS/ISO 27001:2013 ISMS USIM

//BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN MS/ISO 27001:2013 ISMS USIM

Perlaksanaan ISMS di USIM adalah sangat wajar dilaksanakan memandangkan bilangan sistem aplikasi yang semakin bertambah serta ancaman keselamatan data yang berlaku akhir-akhir ini. Data-data operasi yang diperolehi melalui sistem aplikasi yang disediakan merupakan aset terpenting bagi Universiti. Dengan perlaksanaan ISMS ini, akan dapat membantu mengenalpasti risiko-risiko yang bakal wujud bagi setiap aset maklumat ini serta kaedah untuk mengawalnya dapat difikirkan.

 

Oleh itu, pihak GOAL-ITQAN telah menjemput Perunding khas dari MAMPU membimbing halatuju ISMS dan dokumen yang digunapakai oleh MAMPU dalam penyediaan ISMS dengan format yang dikawal oleh pihak MAMPU.

Perunding MAMPU sangat diperlukan memandangkan MAMPU merupakan agensi pengawal pelaksanaan ISMS Malaysia yang membekalkan sistem aplikasi atas talian seperti MyRAM dan MyISMS  Sehubungan itu, pihak GOAL-ITQAN telah menganjurkan 2 sesi Bengkel Penyediaan Dokumen MS/ISO 27001:2013 ISMS USIM merujuk butiran berikut :

Sesi 1:

Tarikh : 29 Januari 2018 (Isnin) hingga 30 Januari 2018 (Selasa)

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Galeri HEP, Arax 1, Bangunan HEP

 

Sesi 2 :

Tarikh : 2 Februari 2018 (Jumaat)

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Executive Lounge, Aras 6, Bangunan Canselori

 

Antara objektif utama bengkel adalah :

1. Membantu mengenapasti dan mengurangkan risiko keselamatan data di dalam
pengurusan keselamatan maklumat sesuatu agensi.

2. Melihat fungsi utama agensi sebagai skop ISMS agensi.

3. Skop ISMS USIM memfokuskan kepada sokongan pengajaran dan pembelajaran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang merangkumi bahagian-bahagian berikut di GOAL-ITQAN iaitu Bahagian Infostruktur ICT, Bahagian Infrastruktur ICT dan Bahagian Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran.

 

2018-10-11T12:02:49+00:00